Hanya Aku




kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.



Setiap insan yang dilahirkan dikurniakan dengan keunikan masing-masing.
Setiap insan juga mempunyai tujuan kewujudan masing-masing di dunia ini,
dan salah satu tujuan itu, adalah untuk mengingatkan diri sendiri,
betapa murninya hidup ini.
Setiap kelemahan adalah tunggak kelebihan,
dan setiap kelebihan pasti ada kelemahan.
Yang penting, adalah bagaimana seseorang itu menerima kelebihan itu,
tanpa melihat kepada kelemahan yang datang bersama.






<< September 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30




Cinta...

Jika disimpan dihati
hanya tuhan saja yang tahu kemurniannya

Cinta...

jika di luahkan di mulut
sekampung tahu.. Binasa jadinya




Rahsia Hati...

Sekuntum bunga di tengah padang. Asyik menari di hembus angin.
Sendiri... melenggok, berputar....

Indah tarian sang bunga, menarik kupu-kupu untuk terbang mendekati,
turut menari...

Kupu-kupu dan bunga menari bersama-sama,
saling kejar -mengejar,Mereka tampak dekat,

Namun tahukah jika sang bunga bukan menari untuk kupu-kupu?
Kupu-kupu salah sangka menafsirkan tarian sang bunga.
Bunga menari kerana ditiup angin. Tariannya adalah gerakan hatinya.
Sama seperti kita yang sering salah sangka terhadap tindakan orang lain.
Atau tindakan kita yang sering membuat orang lain salah sangka.
Memanglah manusia hanya dapat menilai orang lain dari tindakannya,
Tapi Rahsia Hati, hanya Tuhan Yang tahu.



Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan percintaan akan berakhir
tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal.
Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.




KU BERTEDUH DIBALIK CINTAMU

Bila kau disisi
Aku tiada hirau
Esok bagaimanakah rupa
Janji jadikah nyata atau hanya tinggal mimpi
Bagai malam tanpa penghujung!
Kasih kita nyanyikan lagu
Pujuklah hatiku
Kita usir mimpi-mimpi ngerimu
Dan mari kita sama-sama
Harungi lautan cinta
Bekalkan pendayung sebuah keikhlasan
Menuju titik perhentian
Mimpi-mimpi kita memang
Indah dan mengasyikkan
Hingga sering aku lupa
Manakah malam manakah siang
Kerana yang ada adalah
Rindu menanti dalam resah
Berteduh dibalik dada cintamu

*dipetik dari Novel Ku berteduh dibalik Cintamu


(Puisi ini pernah kuuntaikan buat insan yang mendiami disudut terikhlas hatiku
bukan dulu tapi kini dan selamanya... Insyallah)







TENTANG CINTA . . .

Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian
yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah
tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan
menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak.
Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka
barangkali dia akan
menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari,
tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah.
Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati.
Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu
kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

Kata pujangga cinta letaknya di hati.
Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali.
Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan
kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup,
rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan.
Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan.
Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta
tapi sebenarnya bukan.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita
daripada kita mencintai diri orang itu.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai
tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah
mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala
di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat
yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta
dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia.
Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta
terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT
kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya
lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita.
Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta
atas kasih yang kita curahkan padanya.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya.
Cinta kudus antara bonda dan anaknya.
Ada cinta rafik yang setia.
Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara.
Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya.
Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia
dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia.
Ia juga tidak mengira rona bangsa.
Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta.
Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa
dalam cakerawala hidup setia jiwa.





Kau Satu Satunya (Ukays)

Oh.....
Siapalah aku ini..
Tanpamu..
Duniaku pasti tak berseri..
Dan hidup tak menjadi..

Kau bagiku..
Satu-satunya..
Ku meminta.. Ku bermanja..
Ku rindui.. Ku kasihi..
Di hatiku kau abadi..

Dengan sinaran kasihmu..
Kian terancang hidupku..
Tiada lagi keraguan..
Kau bagiku kekuatan..
Mana jua kau berada..
Ditemani cahaya cinta..

Sejak dirimu ku dekati..
Diriku ini ku kenali..
Hanya engkaulah..
Sesungguhnya tiada dua..

Di cermin kaca ku memandang..
Diri ku serba kekurangan..
Namun bagimu..
Bukan itu jadi ukuran..

Melengkapi hidup kita..
Bukan harta..
Bukan nama..
Bukan rupa..

Kau bagiku..
Satu-satunya..
Ku meminta.. ku bermanja..
Ku rindui.. ku kasihi..
Di hatiku kau abadi...






Bila aku Jatuh Cinta

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin...










♥My Home♥


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Monday, March 24, 2014
Melukut

Lisan terungkap

Hati tersiat

Naifnya diri

Kudrat terbatas

Kekurangan milik diri

Rupa

Daya

Jiwa

Tidak ku pinta lahir

Anugerah Allah adalah takdir

Aku Redho....

Abah Mama...

Maafkan aku

Anak yang hina menyembah harap

Tuhan

Hidup kedepan

Aku terima segala ujian

Kuatkan iman ku

Kuatkan jiwa ku

Kuatkan hati ku

 

 

Ilham rasa

-Zana-

25/3/2014 (Isnin,11.15 malam)

 

* Nenek kenapa cepat tinggalkan aku... ;-(. Air mata berlagu tidak kenal erti jemu... menemaniku tidak kira ruang waktu...



Posted at 3/24/2014 8:17:32 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Tinta


SUBHANALLAH....

Hebat ciptaan Allah pada sebuah nama 'MEMORI'

tiada pita rakaman dunia yg mampu

menandingi privacy rakaman kehidupan..

Sesungguhnya... segala manis pahitnya

indah khusus dalam khayalan....

Ya Allah aku ini amat rindu
Saat pipi diusap bayu...
Saat menatap kelip-kelip neon
Dan bintang malam
Memori lalu tetap bertandang dan bertandang
Kesyahduan mula membawa genang air mata
Jiwa mula dipantul rasa...


Ilham rasa

-Zana-

22/10/2013 (Selasa, 4.05 petang)



Posted at 3/24/2014 8:11:55 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Wednesday, September 25, 2013
CUBA-HANCUR

Saat aku cuba mengukir ceria

sedaya keringat aku satukan

sungguh aku tak mampu

kerana perasaan aku telah hancur

 

Saat mereka bertanya

Apakah tiada lagi rindu

Jawapannya masih ada

Cuma perasaan aku telah hancur

 

Saat aku cuba

Mengumpul mencantum jiwa

Ia terus berkecai dan berkecai

Sebenarnya perasaan ku

Telah hancur

Telah mati

Aku lelah

Dalam kembara hidup ini

 

Ilham rasa

-Zana-

4/7/2013 (Sabtu,3.55 petang)

 

* Hati yang retak dapat diubati dkesan oleh pakar terkemuka, tapi perasaan yang hancur hanya aku dan Allah yang tahu! NILAI jangan tunggu aku....

 

 


Posted at 9/25/2013 5:21:14 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Wednesday, June 02, 2010
Anugerah . . .

Terima kasih Tuhan
Atas anugerah MU
biar pun pahit
akan ku redah!!!!

Nukilan
-Zana-
11/5/2010
9.35 pagi

 

* Ya Allah.. tiada apa yang paling aku impikan melainkan hujung nyawaku di jemput dalam redho dan rahmat-MU. Jangan KAU jauh dari ku.. hanya pada MU aku berserah...

 


Posted at 6/2/2010 5:43:27 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Thursday, July 30, 2009
Kembali pada MU

Ya Allah....

Aku kembali merayu mu

Pulangkan tenang degupan jantungku

Kembalikan kedamaian hati ku

 

Ya Allah....

Jangan kau jauh dari ku

Jangan kau biarkan aku

Penuhilah hati ku

Penuhilah jiwa ku

Dengan limpahan Nur Kasih Mu

 

Ya Allah....

Jangan kau tinggalkan aku

Tanpa Mu siapalah aku

Ya Allah....

Aku dambakan segalanya dari Mu

Kasih Mu ....

Sayang Mu ....

Cinta Mu ....

Rahmat Mu ....

 

Ya Allah....

Aku perlukan Mu

Aku bersujud pada Mu

Moga deraian mutiara mataku

Di terima Mu............

 

Ilham rasa

-Zana-

28/7/2009 (Selasa,1.07 petang)

 

* Sesungguhnya hidup ini satu pelayaran untuk mencari titik akhiran...

 


Posted at 7/30/2009 1:52:07 am by zana1038
Assalamualaikum...  

Wednesday, July 22, 2009
GERIMIS

Di luar sana hujan

Di hatiku juga hujan

Turunlah hujan

Turunlah lebat-lebat

Basahkan pipiku

Basahkan hatiku

Moga ada tenang

Di sebalik sapaan mu

Mengerti akan aku

Bahawa ...

Tuhan sedang berbicara denganku

Dengan hidupku

Moga ada mujahadah

Dalam kesyahduan ku

Ilahi...

Pasrahku...

Untuk Mu

 

Ilham rasa

-Zana-

28/6/2009 (Ahad,10.48 malam)

* adakala hidup ini tidak mudah untuk di redah... namun kembali pada yg Esa... hanya dia yg arif mentafsir segala badai... Tuhan! jangan kau lepas aku dari talian rahmat Mu. Pandulah aku hingga hujung nyawa ku....


Posted at 7/22/2009 10:23:15 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Wednesday, July 15, 2009
Percikan Badai

Bila rindu bertamu
Aku kembali menghitung rindu
Siapalah aku
Tanpa Mu..........

Kususun ayat-ayat cinta ku

Di sejadah rindu ku

Hanya pada Mu

 

 

Ilham rasa

-Zana-

11/6/2009 (Khamis,7.31 pagi)

 

* Ya Allah.. Kau Tenangkanlah hati ini....

Aku tak tahu badai apa yg sedang menampar tenang hidup ku..

Tuhan otak aku benar2 buntu..

Tak tahu apa yg sebenarnya sedang aku fikirkan..

Rasa macam ringan sahaja jasad ini..

Tuhan.. kasihanilah aku..

Bendunglah jiwa ku ini...

 


Posted at 7/15/2009 10:10:52 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Wednesday, June 10, 2009
Tinta Hati

Kasih bukan sekalung intan

Hati bukan sekeras batu

Akal bukan sebeku logam

Diri bukan setabah mujahidah Mu

Dan aku..

Selemah yang adanya

 

Tuhan..

Bila bahagia bertamu

Seakan aku mahu hidup lebih lama

Tapi tuhan..

Aku tahu ini ujian Mu

Ini bukan pintaku

 

Tabahkanlah aku

Mentafsir bahagia

Mentafsir cinta

Mentafsir ukhuwah

Agar teradun pelangi ibadah

Hanya untuk Mu

Kasihanilah aku

Kemelut jiwaku......

 

Ilham rasa

-Zana-

8/6/2009 (Isnin,8.55 pagi)

 

* ... ada masa ada ketika kita tidak rela menjadi lilin... ada waktunya kita tidak diminta namun kita yang redha..  adakah itu satu keikhlasan yang tidak dipertikaikan..?

 


Posted at 6/10/2009 9:12:13 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Tuesday, June 09, 2009
Usai Di Sini . . .

Dalam meniti ranjau hidup ini

Kekadang sinambungan sukar ditafsirkan

Ada kawan makan kawan

Ada sahabat rupanya hanya teman

 

Dalam dunia penuh kepuraan

Sukar kita menempa keyakinan

Adakah kawan benar-benar kawan

Atau kawan hanya ada kepentingan

 

Persahabatan perlu ikatan

Benarkah?????

Unkhuwah sering diketepikan

Aku semakin hilang tafsiran

 

Kata orang

Cinta itu luas tafsiran

Ukhuwah itu penting dalam persahabatan

Kemesraan itu perlu diterapkan

Agar persahabatan terus berkekalan

 

Lalu atas semua pertemuan

Atas semua kesetiaan

Atas semua kepuraan

Atas semua kelukaan

Ku pilih usai disini!!!

 

 

Ilham rasa

-Zana-

Kondo Istana, Langkawi

28/8/2007 (Selasa,10.00 pagi)

 

 * .. Adakah keterpaksaan membuatkan insan bersembunyi di tirai diri..
sebaiknya kita menghargai setiap detik yang datang kerana tidak mampu menarik waktu yang berlalu untuk menggantikan dengan kisah baru...

 

 


Posted at 6/9/2009 5:44:18 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Percaturan . . .

Indah gemalai awan menawan sukma

Dalam gumpalan terbentuk arca

Biasan senja menambah serinya

Terleka aku dalam keasyikkannya

 

Bayu lembut mengusap jiwa

Terbuai ikal rambutku dalam kelembutannya

Terpana aku dalam keunikannya

Anugerah tuhan penambat jiwa

 

Dalam keasyikan azan bergema

Perjanjian siang malam tiba waktunya

Berjanji aku pada yang esa

Kuakur segalanya

 

Esok...

Andai mentari mencerah

Kan kunanti lagi senja yang indah

Meskipun seketika

Keindahannya cukup buat aku terpana!!!!

 

 

Ilham rasa

-Zana-

24/8/2007 (7.30 malam)

   

Sendiri aku tenggelam dalam keasyikan keindahan ciptaan yang maha esa

 


Posted at 6/9/2009 5:04:53 pm by zana1038
Assalamualaikum...  

Next Page